Selamat Datang ke blog SK Beringis, Papar, Sabah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Jumpa lagi!

Khamis, 8 November 2012

Mesyuarat Akhir Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada para pembaca dan pengunjung blog SK Beringis. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bersemangat. Alhamdulilah, warga pendidik dan AKS SK Beringis telah berkesempatan berkumpul pada 8 November 2012 di Beringgis Resort bagi menjayakan Mesyuarat Akhir Tahun 2012. Ia bagi membentangkan analisis pencapaian kurikulum, kokurikulum, bidang HEM dan lain-lain yang berkaitan. Mesyuarat juga bertujuan agar lembaran 2012 mampu dibaiki pada sesi 2013 yang akan datang. Insyaallah.

Inilah wajah-wajah kami yang meriah menggayakan tema oren. Semoga ceria selalu!







Rabu, 7 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan izin Allah, SK Beringis telah berjaya mengadakan Hari Menandatangani Buku Rekod Murid pada 5 November yang lalu. Alhamdulilah, ia berjalan dengan lancar.

Pada hari ini, 7 November 2012. Satu lagi Majlis penting telah diadakan iaitu Majlis Anugerah Cemerlang 2012. Majlis telah berlangsung dalam suasana ceria dan meriah. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang, disiplin cemerlang dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti 2012. Semoga para pelajar akan berusaha lebih gigih lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. 

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik SK Beringis yang bersungguh-sungguh membuat persiapan bagi melancarkan lagi perjalanan Majlis Anugerah Cemerlang untuk tahun ini.




Jumaat, 26 Oktober 2012

Lawatan Sambil Belajar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Alhamdulilah, SK Beringis telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar pada 25 Oktober untuk warga SK Beringis ke tempat-tempat menarik. Selain untuk menambah pengetahuan dan pengalaman, aktiviti ini juga adalah untuk mengeratkan sillaturrahim antara kami. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan lawatan pada kali ini.

Lawatan ke Akuarium Marine UMS



 Lawatan ke Taman Buaya di Tuaran 



 Lawatan ke Kapal Selam TLDM Sepangar KK



 Lawatan ke Rumah Terbalik Tamparuli


Rabu, 24 Oktober 2012

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada hari ini, SK Beringis telah dimeriahkan dengan Majlis Pelancaran  Program Kem Membaca  Malaysia (KM1M). Majlis pelancaran ini telah melibatkan semua warga SK Beringis untuk menyemai minat membaca dan cintakan ilmu.






Sabtu, 20 Oktober 2012

KBS OKT 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya Kem Bestari Solat telah selamat dilaksanakan. Kehadiran para pelajar amat membanggakan. Para pelajar kelihatan bersungguh-sungguh dan teruja mengikuti kesemua LDK terutamanya ketika sesi tayangan diadakan. Tayangan berkaitan kesan/akibat jika seseorang yang tidak mentaati Allah, meninggalkan solat  dan tidak mentaati ibu bapa telah mencuri perhatian para pelajar. 








Semoga ia mampu memberi keinsafan, kesedaran pertambahan ilmu tentang kepentingan solat kepada kita terutamanya semua peserta KBS SK Beringis. Insyaallah.

 Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK Pelaksana dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak yang gigih membantu. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Isnin, 15 Oktober 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun!
(16 sehingga 19 Oktober)

Siapa berusaha dia berjaya! ^_^




Selamat Maju Jaya 

buat seluruh anak-anak didik SK Beringis 2012.

Jumaat, 28 September 2012

Majlis Khatam Al-Quran & Program Halawatul Iman

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah pada 28 September yang lalu, SK Beringis telah menjadi tuan rumah sulong bagi Majlis Khatam Al-Quran & Program Halawatul Iman Peringkat Zon Kinarut. Ahli jawatankuasa yang terlibat adalah terdiri daripada para ustaz dan ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan sekitar Zon Kinarut. 

Majlis telah dimulai dengan khatam al-Quran beramai-ramai yang melibatkan wakil pelajar dari setiap sekolah dengan dipandu bacaan mereka oleh Ustaz. Seterusnya, disusuli dengan penyampaian ceramah oleh Ustazah Lilis sebagai pengisian Program Halawatul Iman.

Semoga, usaha yang dijalankan ini mampu menambah ilmu dan meningkatkan iman dalam kalangan warga SK Beringis. Insyaallah.

Jumaat, 21 September 2012

Majlis Penutupan Merdeka Raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulilah, pada 21 September 2012 Sk Beringis telah berjaya mengadakan Majlis Penutupan Merdeka Raya. Suasana pada majlis tersebut sangat meriah kerana para pelajar SK Beringis hadir dengan lengkap berpakaian Hari Raya. Majlis lebih meriah apabila terdapat banyak hadiah yang disediakan untuk para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sempena Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya.

Antara pertandingan yang telah diadakan adalah Pertandingan Mencipta Kad Merdeka Raya, Pertandingan Takbir Raya, Pertandingan Mewarna Logo 1 Malaysia, Pertandingan Memperagakan Pakaian Tradisional, dan banyak lagi.

Selain itu, penyampaian hadiah bagi aktiviti Minggu Koakademik turut dilaksanakan bersama. Sekalung tahniah pihak SK Beringis ucapkan kepada semua anak-anak didik yang telah menerima penghargaan. Semoga tidak jemu dan terus berusaha untuk kekal aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Isnin, 10 September 2012

Majlis Iringan Restu UPSR 2012







Bacaan doa yang dibacakan oleh Cikgu Samsul.

















Wajah calon-calon UPSR 2012







 

                                                      



Antara ibubapa yang menghadiri majlis








Sesi bersalam-salaman dan memohon restu dari ibubapa dan guru-guru.


















Moga sepanjang UPSR berlangsung, 11, 12 & 13 September 2012 semua calon-calon dipermudahkan urusan dan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Insyaallah. Semoga Berjaya!

Sabtu, 8 September 2012

Selamat berjuang buat calon UPSR 2012


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulilah, kita sudah pun di bulan syawal yang mulia. Sebelum kita bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 16 Ogos hingga 26 Ogos, satu majlis penyerahan modul UPSR 2012 telah diadakan untuk memastikan calon-calon UPSR SK Beringis mampu mengekalkan momentum persediaan diri walaupun sedang bercuti panjang. Majlis terbut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Beringis, Puan Mastia Hj Johari.







Dan pada hari khamis malam Jumaat yang lalu (6 September 2012) majlis solat berjemaah dan solat hajat telah selamat diadakan di Masjid Beringis bagi mengiringi perjuangan calon-calon UPSR 2012. Majlis juga disertai oleh ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama warga pendidik dan kakitangan SK Beringis yang lain. Semoga berkat usaha dan tawakkal kepada Allah, calon-calon UPSR 2012 akan menghadapi peperiksaan dengan tenang dan cemerlang. Insyaallah.

Selasa, 14 Ogos 2012

Memasak Bubur Lambuk

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Bersempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, warga AKS dan guru SK Beringis telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk pada hari Jumaat lepas (10 Ogos 2012). Aktiviti penyediaan bahan-bahan telah giat berlangsung sejak hari khamis (9 Ogos 2012). Tahniah kepada semua yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak langsung. 






Aktiviti Kaunseling April 2012

 Kursus Kepimpinan Bestari 2012 
(25 April 2012)





















Ceramah Motivasi UPSR: 
Pengurusan Masa & Kemahiran Belajar
 (19 April 2012)