Selamat Datang ke blog SK Beringis, Papar, Sabah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Jumpa lagi!

Sabtu, 28 Julai 2012

Pemarkahan Kokurikulum 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

 Pada minggu lalu, Sk Beringis telah berjaya mengadakan Sesi Pemarkahan Aktiviti Kokurikulum pelajar 2012. Ia telah berlangsung pada 18 Julai 2012 (Rabu) bertempat di dewan SK Beringis. Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar Tahun 3,4,5 & 6. Pelajar telah diminta untuk bergerak ke dewan dalam keadaan berkelompok agar proses pemarkahan dapat berlangsung dengan lancar dan teratur.










Pergerakkan pelajar dimulai dengan pelajar dari Tahun 3 Adil & Tahun 3 Amanah. Diikuti pelajar dari 4 Adil & 4 Amanah. Selepas waktu rehat, sesi pemarkahan disusuli oleh pelajar 5 Adil & 5 Amanah. Kemudian, sesi pemarkahan diteruskan kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Adil & Tahun 6 Amanah. Alhamdulillah, kerjasama dari semua guru dan pelajar amat baik disepanjang sesi pemarkahan berlangsung.

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Pada 18 Julai 2012, SK Beringis telah mengadakan Majlis Tahlil sempena kedatangan bulan Ramadhan. Majlis Tahlil ini melibatkan semua guru dan staff SK Beringis. Majlis telah menjemput tetamu khas bagi mengetuai bacaan tahlil tersebut yang bertempat di Pra Sekolah SK Beringis.





Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sudah hari yang ke-8 umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada kali ini. Di kesempatan ini seluruh warga SK Beringis ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran bulan mulia ini dapat kita terus menerus memperbaiki amalan kita selaku hamba-Nya. Insyaallah.

"Bulan Ramadhan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka." [Riwayat Ibn Khuzaimah]



Jumaat, 27 Julai 2012

Bengkel Matapelajaran Teras Pelajar Tahun 6

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. 

Alhamdulilah, SK Beringis telah mengadakan Bengkel Matapelajaran Teras bagi semua pelajar Tahun 6. Bengkel ini telah diadakan pada hari Khamis dan Jumaat   (26 & 27 Julai 2012). Semoga usaha dan kerja keras guru-guru serta pelajar SK Beringis akan berjaya menghasilkan keputusan UPSR 2012 yang membanggakan seluruh warga SK Beringis. Insyaallah. 







Khamis, 26 Julai 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke blog rasmi SK BERINGIS , PAPAR. Blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berkaitan aktiviti-aktiviti yang di jalankan di sekolah kami.