Selamat Datang ke blog SK Beringis, Papar, Sabah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Jumpa lagi!

Jumaat, 28 September 2012

Majlis Khatam Al-Quran & Program Halawatul Iman

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah pada 28 September yang lalu, SK Beringis telah menjadi tuan rumah sulong bagi Majlis Khatam Al-Quran & Program Halawatul Iman Peringkat Zon Kinarut. Ahli jawatankuasa yang terlibat adalah terdiri daripada para ustaz dan ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan sekitar Zon Kinarut. 

Majlis telah dimulai dengan khatam al-Quran beramai-ramai yang melibatkan wakil pelajar dari setiap sekolah dengan dipandu bacaan mereka oleh Ustaz. Seterusnya, disusuli dengan penyampaian ceramah oleh Ustazah Lilis sebagai pengisian Program Halawatul Iman.

Semoga, usaha yang dijalankan ini mampu menambah ilmu dan meningkatkan iman dalam kalangan warga SK Beringis. Insyaallah.

Jumaat, 21 September 2012

Majlis Penutupan Merdeka Raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulilah, pada 21 September 2012 Sk Beringis telah berjaya mengadakan Majlis Penutupan Merdeka Raya. Suasana pada majlis tersebut sangat meriah kerana para pelajar SK Beringis hadir dengan lengkap berpakaian Hari Raya. Majlis lebih meriah apabila terdapat banyak hadiah yang disediakan untuk para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sempena Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya.

Antara pertandingan yang telah diadakan adalah Pertandingan Mencipta Kad Merdeka Raya, Pertandingan Takbir Raya, Pertandingan Mewarna Logo 1 Malaysia, Pertandingan Memperagakan Pakaian Tradisional, dan banyak lagi.

Selain itu, penyampaian hadiah bagi aktiviti Minggu Koakademik turut dilaksanakan bersama. Sekalung tahniah pihak SK Beringis ucapkan kepada semua anak-anak didik yang telah menerima penghargaan. Semoga tidak jemu dan terus berusaha untuk kekal aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Isnin, 10 September 2012

Majlis Iringan Restu UPSR 2012







Bacaan doa yang dibacakan oleh Cikgu Samsul.

















Wajah calon-calon UPSR 2012







 

                                                      



Antara ibubapa yang menghadiri majlis








Sesi bersalam-salaman dan memohon restu dari ibubapa dan guru-guru.


















Moga sepanjang UPSR berlangsung, 11, 12 & 13 September 2012 semua calon-calon dipermudahkan urusan dan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Insyaallah. Semoga Berjaya!

Sabtu, 8 September 2012

Selamat berjuang buat calon UPSR 2012


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulilah, kita sudah pun di bulan syawal yang mulia. Sebelum kita bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 16 Ogos hingga 26 Ogos, satu majlis penyerahan modul UPSR 2012 telah diadakan untuk memastikan calon-calon UPSR SK Beringis mampu mengekalkan momentum persediaan diri walaupun sedang bercuti panjang. Majlis terbut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Beringis, Puan Mastia Hj Johari.







Dan pada hari khamis malam Jumaat yang lalu (6 September 2012) majlis solat berjemaah dan solat hajat telah selamat diadakan di Masjid Beringis bagi mengiringi perjuangan calon-calon UPSR 2012. Majlis juga disertai oleh ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama warga pendidik dan kakitangan SK Beringis yang lain. Semoga berkat usaha dan tawakkal kepada Allah, calon-calon UPSR 2012 akan menghadapi peperiksaan dengan tenang dan cemerlang. Insyaallah.