Selamat Datang ke blog SK Beringis, Papar, Sabah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Jumpa lagi!

Ahad, 21 April 2013

Klinik UPSR BH Didik 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, seramai 14 orang murid Tahun 6 SK Beringis 2013 telah mengikuti Klinik UPSR anjuran Berita Harian Didik. Program tersebut telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah selama 2 hari iaitu pada 20 & 21 April 2013.



Diharapkan ilmu yang telah diperoleh semasa program 2 hari tersebut mampu diaplikasi oleh para peserta agar mampu meningkatkan kecemerlangan diri dan sekolah.

Rabu, 17 April 2013

Pertandingan Boling

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada 17 April 2013, bertempat di Center Point Kota Kinabalu telah berlangsungnya Pertandingan Boling. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan SK Beringis dan Pn. Dzuraini kerana telah berjaya layak ke peringkat Negeri. Semoga Berjaya!

Selasa, 2 April 2013

Riang ria semasa pengagihan Koko Krunch

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Wajah-wajah ceria warga SK Beringis ketika pengagihan Koko Krunch..^_^