Selamat Datang ke blog SK Beringis, Papar, Sabah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Jumpa lagi!

Sabtu, 23 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013-2015

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, SK Beringis telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2013-2015.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin di Dewan SK Beringis.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa, dan tetamu yang hadir. 

Tahniah diucapkan kepada semua AJK Tertinggi PIBG yang dilantik. 
Semoga kita mampu berganding bahu untuk sama-sama membantu ke arah kecemerlangan SK Beringis. Insyaallah.



Jumaat, 15 Mac 2013

Ujian 1 [Murid Tahap II]

Assalamualaikum w.b.t

Ujian 1 yang melibatkan semua murid Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) akan diadakan pada minggu hadapan iaitu bermula pada 18 Mac 2013 hingga 21 Mac 2013. Semoga berjaya & cemerlang!


Jumaat, 8 Mac 2013

Pertandingan Bola Jaring

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SK Bering kerana telah melayakkan diri menyertai pertandingan bola jaring daerah Papar di peringkat suku akhir. Walaupun tewas 8-9 dengan SK Surati, namun syabas dan tahniah di atas komitmen, dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan. Syabas dan tahniah juga kepada guru-guru yang tidak jemu melatih. Semoga kemenangan milik kita di masa yang akan datang.

Sabtu, 2 Mac 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) ZON KINARUT

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, SK Beringis telah menghantar pasukan peserta menyertai beberapa acara di dalam MTQ Zon Kinarut pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar dan para peserta yang terlibat, SK Beringis mendapat keputusan berikut :-

Pertandingan Tilawah L : Tempat Ketiga
Pertandingan Tilawah P : Tempat Kedua
Pertandingan Hafazan L : Tempat Ketiga
Pertandingan Hafazan P : Saguhati
Pertandingan Bercerita L : Saguhati
Pertandingan Bercerita P : Tempat kedua
Pertandingan Nasyid : Tempat Kedua 


Rabu, 27 Februari 2013

PROGRAM BERSAMA MENGGAPAI HARAPAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini kami telah mengadakan "Program Bersama Menggapai Harapan". Program ini merupakan program yang melibatkan semua murid Tahun 6 2013 dengan kerjasama semua guru, ibu bapa murid Tahun 6 dan PIBG sekolah.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk membentuk calon yang bersemangat, berkeyakinan dan berkemahuan untuk mencapai matlamat. Selain itu, ia juga diadakan sebagai salah satu galakkan kepada  ibu bapa agar memberi sokongan moral, tenaga dan kewangan demi kejayaan anak-anak.



Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Adik Fakhrul Naim
                                   
Tayangan Slaid Peningkatan UPSR oleh Puan Baizura
Bacaan Ikrar Aku Janji Murid Tahun 2013
Guru Besar, guru-guru penolong kanan & Pengerusi PIBG
Ibu bapa , guru menulis kata-kata semangat & murid menulis target masing-masing di kain rentang





 Seterusnya, majlis diakhiri dengan sesi penyerahan anak angkat kepada semua guru SK Beringis. Setiap murid Tahun 6 menerima ibu atau bapa angkat dari kalangan guru agar mampu menyediakan calon yang bersedia menghadapi peperiksaan dan mampu mengatasi masalah. Berikut adalah antara gambar semasa sesi penyerahan tersebut berlangsung.





Semoga dengan terlaksananya program pada hari ini diharap mampu melonjakkan prestasi UPSR, dan pencapaian lain samaada dari sudut kurikulum, kokurikulum, akhlak & sahsiah murid-murid SK Beringis. Insyaallah.

Khamis, 8 November 2012

Mesyuarat Akhir Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada para pembaca dan pengunjung blog SK Beringis. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bersemangat. Alhamdulilah, warga pendidik dan AKS SK Beringis telah berkesempatan berkumpul pada 8 November 2012 di Beringgis Resort bagi menjayakan Mesyuarat Akhir Tahun 2012. Ia bagi membentangkan analisis pencapaian kurikulum, kokurikulum, bidang HEM dan lain-lain yang berkaitan. Mesyuarat juga bertujuan agar lembaran 2012 mampu dibaiki pada sesi 2013 yang akan datang. Insyaallah.

Inilah wajah-wajah kami yang meriah menggayakan tema oren. Semoga ceria selalu!







Rabu, 7 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan izin Allah, SK Beringis telah berjaya mengadakan Hari Menandatangani Buku Rekod Murid pada 5 November yang lalu. Alhamdulilah, ia berjalan dengan lancar.

Pada hari ini, 7 November 2012. Satu lagi Majlis penting telah diadakan iaitu Majlis Anugerah Cemerlang 2012. Majlis telah berlangsung dalam suasana ceria dan meriah. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang, disiplin cemerlang dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti 2012. Semoga para pelajar akan berusaha lebih gigih lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. 

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik SK Beringis yang bersungguh-sungguh membuat persiapan bagi melancarkan lagi perjalanan Majlis Anugerah Cemerlang untuk tahun ini.