Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulilah, pada 21 September 2012 Sk Beringis telah berjaya mengadakan Majlis Penutupan Merdeka Raya. Suasana pada majlis tersebut sangat meriah kerana para pelajar SK Beringis hadir dengan lengkap berpakaian Hari Raya. Majlis lebih meriah apabila terdapat banyak hadiah yang disediakan untuk para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sempena Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya.
Antara pertandingan yang telah diadakan adalah Pertandingan Mencipta Kad Merdeka Raya, Pertandingan Takbir Raya, Pertandingan Mewarna Logo 1 Malaysia, Pertandingan Memperagakan Pakaian Tradisional, dan banyak lagi.
Selain itu, penyampaian hadiah bagi aktiviti Minggu Koakademik turut dilaksanakan bersama. Sekalung tahniah pihak SK Beringis ucapkan kepada semua anak-anak didik yang telah menerima penghargaan. Semoga tidak jemu dan terus berusaha untuk kekal aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.
Memaparkan catatan dengan label Panitia Bahasa Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panitia Bahasa Malaysia. Papar semua catatan
Jumaat, 21 September 2012
Jumaat, 27 Julai 2012
Bengkel Matapelajaran Teras Pelajar Tahun 6
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulilah, SK Beringis telah mengadakan Bengkel Matapelajaran Teras bagi semua pelajar Tahun 6. Bengkel ini telah diadakan pada hari Khamis dan Jumaat (26 & 27 Julai 2012). Semoga usaha dan kerja keras guru-guru serta pelajar SK Beringis akan berjaya menghasilkan keputusan UPSR 2012 yang membanggakan seluruh warga SK Beringis. Insyaallah.
Langgan:
Catatan (Atom)





