Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
Pada minggu lalu, Sk Beringis telah berjaya mengadakan Sesi Pemarkahan
Aktiviti Kokurikulum pelajar 2012. Ia telah berlangsung pada 18 Julai
2012 (Rabu) bertempat di dewan SK Beringis. Pelajar yang terlibat adalah
semua pelajar Tahun 3,4,5 & 6. Pelajar telah diminta untuk bergerak
ke dewan dalam keadaan berkelompok agar proses pemarkahan dapat
berlangsung dengan lancar dan teratur.
Pergerakkan pelajar dimulai dengan pelajar dari Tahun 3 Adil & Tahun 3 Amanah. Diikuti pelajar dari 4 Adil & 4 Amanah. Selepas waktu rehat, sesi pemarkahan disusuli oleh pelajar 5 Adil & 5 Amanah. Kemudian, sesi pemarkahan diteruskan kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Adil & Tahun 6 Amanah. Alhamdulillah, kerjasama dari semua guru dan pelajar amat baik disepanjang sesi pemarkahan berlangsung.