Selamat Datang ke blog SK Beringis, Papar, Sabah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami. Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Jumpa lagi!

Selasa, 14 Ogos 2012

Memasak Bubur Lambuk

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Bersempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, warga AKS dan guru SK Beringis telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk pada hari Jumaat lepas (10 Ogos 2012). Aktiviti penyediaan bahan-bahan telah giat berlangsung sejak hari khamis (9 Ogos 2012). Tahniah kepada semua yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak langsung. 






Aktiviti Kaunseling April 2012

 Kursus Kepimpinan Bestari 2012 
(25 April 2012)





















Ceramah Motivasi UPSR: 
Pengurusan Masa & Kemahiran Belajar
 (19 April 2012)





Rabu, 1 Ogos 2012

Mengibarkan Jalur Gemilang

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Bersempena Bulan Kemerdekaan yang tiba, warga SK Beringis turut teruja untuk menterjemahkan perasaan cintakan negara melalui aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan ini. Antara aktiviti yang sedang giat diusahakan adalah mengibarkan jalur gemilang di seluruh kawasan SK Beringis tercinta. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang minggu ini.







Ujian Bulanan Julai 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, pada minggu lalu 24 Julai sehingga 27 Julai SK Beringis telah menjalankan Ujian Bulanan. Secara keseluruhannya, para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan Ujian Bulanan yang dijalankan. Semoga pelajar Sk Beringis terus maju dan meningkatkan pencapaian diri masing-masing. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan staff atas kerja berpasukan yang dilakukan bersama.